Monday, November 3, 2008

Arwah yg ku kenal

ANDAI masa boleh berputar, mahu aku kembali pada tahun 2000, memperbaiki
kesilapan yang pernah ku buat sehingga individu paling dihormati Datuk Ahmad Basri Akil digantung empat tahun oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Itu kata-kata ku bila berjumpa dengannya pada hari beliau digantung kali kedua, enam tahun kemudian dan untuk tempoh tiga tahun lagi.

Namun degan tegas, beliau menjawab: 'Azahar kalau you tak tulis hal
sebenar, selama itu FAM akan berterusan membuat kesilapan'.
"Empat tahun dulu dan hari ini tiga tahun lagi, tidak akan sesekali
melemahkan saya."

Itu ketegasan Datuk Basri. Hatinya sekeras batu. Beliau bukan mudah
digertak dan diperolok-olokkan. Tidak gentar akan ugutan yang boleh meruntuhkan prinsip dan kepercayaannya.

Perkenalan aku dengan beliau bermula hanya antara seorang wartawan
dengan seorang Naib Presiden FAM. Aku ketika itu lebih mengenali beliau
sebagai pengurus skuad bola sepak kebangsaan kali terakhir memenangi pingat emas
Sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

Perjumpaan kami berlangsung dalam satu sidang akhbar di Wisma FAM ketika bijak pandai persatuan badan induk itu mahu membubarkan program Akademi Bolasepak Malaysia (ABM).

Alasan pembubaran ABM yang diasaskan pada 1995 itu kokonnya gagal mencapai
objektif. Datuk Basri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia FAM
hanya diam mendengar.

Beliau tidak memberi sebarang reaksi. Wajahnya tenang. Disebelahnya sedang galak bercakap adalah Setiausaha Agung FAM, Datuk Dell Akhbar Khan.

Sebaik sidang akhbar tamat, aku lantas menghampiri beliau, memperkenalkan diri dan meminta reaksi.

Datuk Basri menarik aku ke penjuru bilik sidang akhbar Wisma FAM, agar jauh daripada kalangan pegawai FAM. Aku juga mengharapkan sedemikian supaya temubual dengannya tidak diganggu wartawan lain.

Ini 'scoop' buat aku. Berita eksklusif.

Beliau bersungguh-sungguh menafikan ABM gagal, membazir wang dan
membuang masa. Yang gagal katanya adalah FAM sendiri. Melepaskan
persatuan negeri sesuka hati menguruskan akademi negeri tanpa seliaan
sepenuhnya FAM.

Penjelasan itu disusuli dengan fakta. Beliau sendiri menghuraikannya
secara terperinci. Tidak cukup dengan pertemuan itu, kami
berubah lokasi lain ke sebuah restoran, berhampiran dengan Wisma FAM.

Restoren ini cukup popular kerana menjadi tempat pemain kebangsaan melepaskan ketagihan teh tarik dan kue tiaw goreng udang. Terpampang gambar allahyarham Mokhtar Dahari, mendiang R Arumungam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Shukur Salleh, Dollah SAlleh, Zainal Abidin Hassan serta ramai lagi di dinding restoren.

Untuk dua hari berturut-turut, Harian Metro menyiarkan kenyataan Datuk
Basri dan laporan terperinci mengenai ABM secara eksklusif.

Berita yang tersiar itu seperti yang aku jangka menggegarkan bangunan
Wisma FAM.

Aku menerima banyak reaksi menyokong, tidak kurang juga yang
marah-marah dan ada yang mahu menghantar surat saman.

Untungnya bekerja di NSTP, setiap wartawan diindungi insuran sekiranya disaman. Jadi semua ugutan itu masuk telinga kiri, keluar teingka kanan. Aku tidak langsung ambil pusing.

Namun, Datuk Basri masih tetap tenang. Beliau dipanggil untuk dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. Pemimpin yang berperinsip tidak mudah goyah malah beliau mempertahankan kenyatannya. Bertanggungjawab atas apa yang tersiar. Kegagalan ABM adalah kegagalan FAM sebenarnya. Hujah beliau langsung tidak dicabar.

Malangnya, keputusan tidak memehak beliau. Datuk Basri hilang jawatannya sebagai
naib presiden dan turut dilarang aktif dalam Persatuan Bolasepak Kedah.

Keberanian penting untuk menjadi seorang pejuang dan kerana keberanian
itulah beliau rela digantung empat tahun lagi.

"Azahar jadikan nasib saya ini sebagai panduan untuk menulis perkara yang benar. Usah gentar melainkan hanya menulis yang benar.
"Saya berterima kasih kepada Azahar dan Harian Metro kerana menyiarkan kenyataan, pendapat serta fakta yang telah saya berikan.
"Jika pegawai FAM tidak mendengar, sengaja menutup mulut, sekurang-kurangnya pembaca yang saya percaya juga peminat bola sepak tempatan mengetahui duduk perkara sebenar."

Kini Datuk Basri sudah tiada. Beliau meninggalkan kita buat
selama-lamanya. Sukan bola sepak negara kehilangan pemikir, pakar dan pengkritik
yang cukup disegani.

Kita tidak akan lagi membaca pendapat, teguran dan ideanya di dada akhbar.
Aku pula kehilangan seseorang tokoh yang cukup dikagumi.

Alfatihah...
(END)

2 comments:

Le Beau Garcon said...

Aku dan semua rakyat Malaysia yang cintakan sukan bolasepak, sebenarnya sudah bosan dan benci dengan FAM. Apa yang kau dedahkan di sini cuma segelintir kelakuan FAM yang menjelekan. Kegagalan terbaru, Kejohanan AFF Piala Suzuki di Phuket sekali lagi menjadi bukti kegagalan FAM yang buta dan tuli akan peranannya.

Ahmad H Al-Qadah said...

Terimakasih atas sokongan tuan... Husni Dato' Basri