Sunday, February 6, 2011

Spesis Yang Terhakis

KHABAR DARI GUANGZHOU

KOLUM2

BARU beli tadi, sekarang sudah kena kebas. Masuk yang ini sudah lima pemetik api dicampak ke dalam bakul sampah. Sembunyilah di mana sekalipun, dalam beg galas, dalam kotak rokok hinggalah nekad sorok dalam kasut, pasti alat pengimbas dapat mengesan letaknya.

Begitulah nasib perokok tegar seperti aku ini di Guangzhou ini. Malang bertimpa di mana-mana sahaja setiap kali melewati pintu masuk keselamatan. Baik di Pusat Media Utama (MPC) mahupun ke venue-venue pertandingan. Pasti tidak terlepas.

Begitu banyak kejohanan besar telah aku liputi bertaraf 5 bintang, semuanya agak bersimpati dengan spesis kami yang sentiasa dipulaukan, diperli dan diherdik. Kami ini sudah terpinggir tanpa diberi hak kebebasan.

Begiu kerasnya negara komunis ini. Bayangkan pemetik dan mancis api adalah barangan larang sama sekali. Itu kata putus. Muktamad. Namun peliknya, rokok dibenarkan pula dibawa masuk. Agaknya disuruh kunyah, jangan hisap.

Entah siapalah nak buat angkara hingga sampai mahu membakar bakar MPC, stadium mahupun perkampungan media di sini. Itu jika mereka fikir. Kita kalau boleh mahukan sukan ini selamat, berjalan lancar agar berakhir cepat. Angkat kaki pulang ke tanah air.Habis cerita.

Bukan aku tidak mahu berhenti, sumpah mahu. Sudah banyak cara dan kaedah lakukan.
Dari telan pil, mamah gula getah anti narkotin, guna pelekat yang ditampal di mana-mana anggota badan dan hisap gula-gula berangin untuk matikan ketagihan. Namun semuanya tak juga berkesan.

Ramai juga yang menegur dan beri nasihat. Mak, abah termasuk orang rumah sendiri sudah berbuih beri ceramah. Entah kenapa seperti jauh saja suara-suara mereka itu.

Jangan kata tidak sedar, memang aku tahu merokok membahayakan kesihatan. Malah usaha kerajaan aku sanjung tinggi memeranginya. Pelbagai kaedah dan program dilancarkan.
Kempen terbaru yang aku ingat “Katakan Tidak Pada Rokok“.

Aku tak pasti sama ada kempen itu masih berjalan ataupun tidak. Tidak kelihatan lagi poster gergasi dipasang di cabang simpang jalan utama ke rumah aku. Ya gambar sebatang rokok yang bengkok dan patah digantikan dengan Slogan 1 Malaysia.Maafkan aku silap jika masih ada di tempat lain.

Sekarang ini kotak rokok juga terpampang gambar-gambar `mengerikan’ kesan daripada ketagihan merokok. Pada aku ia tak menakutkan. Tutup mata, keluarkan sebatang dan terus nyalakan. Ini perlu dikaji semua pakar-pakar strategik kerajaan.

Harga rokok juga dinaikkan setiap kali bajet negara hingga sekarang menjadi barangan mewah, tetapi tetap juga orang membelinya. Aku tidak salahkan sesiapa, kecuali diri sini.

Agaknya betulkan rokok ini ada pantang larangnya. Keras. Orang tua berpesan kalau masuk ke hutan, mulut jangan celupar. Jangan tegur sesuatu yang pelik kerana ada penjaganya.

Begitulah kuat aku rasakan dengan rokok ini. Puakanya jauh lebih besar dan dasyat.

Di MPC ini, aku terpaksa melepaskan gian di penjuru luar ruang merokok. Rupa-rupaya ramai juga spesis yang hampir pupus ini. Kami seperti satu komuniti antarabangsa. Ada lelaki perempuan, hitam cerah, kecil besar, rendah tinggi, bulat dan kurus.

Rupa-rupanya di sebalik kecanggihan teknologi ciptaan manusia, akal anugerah Tuhan lebih bijaksana. Ada yang berjaya menyusup masuk barang larangan ini.

Esok umat Islam di sini akan menyambut Hari Raya Korban, sehari lebih awal di tanah air. Penganjur akan menyediakan kawasan lapang di Perkampungan Atlit untuk solat raya kemudian ada sedikit jamuan ringan.

Untuk itu aku sudahi dengan ucapan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat di tanah air, mereka yang pulang dengan haji mabrur, keluarga, saudara mara serta rakan-rakan termasuk juga dengan anda pembaca akhbar ini.

Jumpa lagi.

1 comment:

Hayati Kehidupan said...

Ketika mendapat cerita anak sulong saya mula berjinak-jinak dengan rokok hati saya rasa sedikit kecewa. Yang jadi tukang pembawa berita 3 adiknya yang masih lagi kecil. Kata mereka.. "Umi, abangkan... rasanya hisap rokok" Tapi saya cuba control emosi. Saya bertanya.."nampak kat mana?". Mereka terus menjawab, "tak nampak... tapi tadi lepas solat trawikh kat surau, dia tak kasi kita orang tunggu.. dah tu hari tu bila kita orang salam dia.. tangan dia bau rokok..." aku berkata dalam hati ... kantoi!

Tapi how to deal with remaja yang cuba mula mengenal alam dewasa. Yang mungkin juga sedang cuba meletakkan dirinya dalam peer group...

Nak suruh aku jadik histeria. Tapi aku cuba juga keep cool.... CPU aku bergerak.... Mencari ayat dan dan cuba ratioanlise...

Until one day, he called me from Arau.... and I asked him.. "Dear, how your study.... How you housemates.... How... How... Do you have enough money with you..." Anak kesayangan ini... ketawa, cuba2... kot2.. uminya ini akan transfer something to his account..... BUT before I put down the phone... I told him... "Sayang.... jangan bakar duit ya......" He said..."apa mak?".. I said again... "sayang jangan bakar duit..." He became speechless and we end the conversation by everybody laugh and hopefully.. my dearly son THINK about it....