Wednesday, January 16, 2008

Berdengkur di Manchester

Reebok Stadium - Home of EPL Bolton Club

Commanwealth Games Manchester 2002Amirul (fourth from right) posing for a picture with the then Sports Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein shortly after his golden debut in the Manchester Commonwealth Games in 2002. From left M. Effendi Razali, Abu Hanapah Ismail, Zulkepli Abu Samah (physiotherapist), YB Razali Ibrahim (now MP for Muar), me, Rizal (Malay Mail), Datuk Hishammuddin (before his keris-wielding days) and his son, Fariz Hussein, Amirul, Faizal Baharom, Roslan Othman and Matin Guntali.Obviously looking for additional stuff the morning papers would not carry! That was a real weight of expectation!

SABTU off day.Hari aku tidak bekerja. Saat paling ditunggu-tunggu, umpama murid sekolah menunggu cuti penggal. Keistimewaan routin akhbar petang seperti Harian Metro inilah paling dicemburui rakan setugas media utama.

Namun kelebihan itu tidak memberi faedah jika menerima tugasan luar. Malahan sijil perakuan sakit (MC)sekalipun bukan alasan untuk berehat.
Tugas tetap tugas. Laporan berita perlu dihantar tepat pada masanya. Jika tidak berdering-deringlah panggilan dari tanah air yang masuk. Jadi seboleh-bolehnya dinasihatkan jangan demam. Kalau badan terasa lain macam,cepat-cepat makan ubat.

Aku memang kaki berjalan setiap kali bertugas di negara orang kerana peluang seumpama ini bukan selalu datang. Bila ada kesempatan, gunakanlah sebaik mungkin.
Bila kaki sudah terpacak di Manchester, tentu hajat utama mahu menyaksikan kehebatan Stadium Old Trafford milik kelab bola sepak terkaya dunia, Manchester United. Ini satu kemestian bagi kaki bola EPL.

Paling menyeronokkan bila duduk bersantai goyang kaki sambil melihat ragam penghuni bandar di Albert Square dan Picadilly Garden. Mengirup kopi panas sambil mengunyah kacang goreng.

Namun agak menyedihkan, aku tidak berkesempatan melakukannya kali ini. Kejutan perubahan waktu cukup meletihkan. 6 pagi di sini bersamaan dengan 1 petang di Malaysia. Mana nak terkejar sebaik waktu sebaik acara sukan bermula paling awal jam 9 pagi (4 petang Malaysia) dan berakhir 10 malam (5 pagi Malaysia).

Jadi hitung campur, aku hanya mempunyai kurang sedikit tiga jam untuk tidur.Itupun tidur-tidur ayam. Semuanya perlu dilakukan dengan pantas. Jadi merancang tugas penting agar waktu tidak terbabas dan berita tidak terlepas.

Tetapi kita ini manusia yang punya banyak kelemahan. Rakan setugas yang dulunya berwajah ceria pada hari pertama sebaik menjejakkan kaki di Manchester ini, kini menjadi terlalu asing. Wajah berserabut, kusut masai dan sekali pandang...menyeramkan.

Senyum pun kadang-kadang terpaksa. Masing-masing membawa hal sendiri.Jika mahu bertanya, jangan lebih daripada satu soalan.Silap-silap panas telinga dibuatnya.
Andai mahu meminjam sebungkus maggi, jangan cuba berlagak tertib meminta. Ambil sahaja, esok gantilah semula.

Apa tidak, dengan gelanggang pertandingan bertabur sana sini, pengurusan Pusat Media di G-Mex pula cukup mengecewakan. Mahu mencari maklumat, keputusan dan jadual pertandingan, kenalah cari sendiri. Kadang-kadang terfikir juga tanpa pusat media inipun, tidak mengapa. Hati tidak sakit dan mulut tidak penat bertekak dengan petugas media ini.

Semua ini menambahkan beban yang sedia ada.
Perbezaan waktu 7 jam menguji kesabaran aku agar lebih banyak berdiam diri, tutup mulut. Tambah pula rakan sebilik yang kini hanya bercakap bila perlu.
Beban dia lagi berat. Rakan saya ini awal-awal pagi sudah tidak nampak batang hidung. Sedar-sedar sudah ghaib. Pulang pula jauh lewat malam.

Sayup-sayup di kejauhan penamat malam bumi Manchester ini, hanyalah keluhan dan dengkuran.


No comments: