Wednesday, January 16, 2008

My day


Anfield home of The Great Liverpool

Man U Menchandise Shop Old Trafford


MANCHESTER tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja Manchester, orang akan cepat mengaitkannya dengan kapten England, David Beckham dan kelab terkaya dunia, Manchester United. Bagi sesetengah pula, nama ini tidak boleh disebut kuat-kuat kerana bimbang kawan akan menjadi lawan. Jika tidak percaya, sebutlah di depan penyokong fanatik Liverpool. Anda akan tahu maksud saya. Saya tidak bercadang untuk menulis mengenai kehebatan kelab itu biarpunOld Trafford akan menjadi pentas final Liga Juara-Juara Eropah musim 2003. Tetapi mulai esok hingga 4 Ogos depan, bandaraya yang dihuni kira-kira 2.3 juta penduduknya akan menjadi tuan rumah kepada temasya sukan kedua terbesar dunia, Sukan Komanwel edisi ke-17. Bertuahnya saya kerana menjadi sebahagian daripada ratusan wakil media cetak dan elektronik yang akan meliputi 14 daripada 17 acara yang dipertandingkan. 14 acara kerana hanya itu penyertaan kontinjen negara. Perjalanan saya bersama dua rakan lain ke Manchester agak panjang. 13 jam dalam perut pesawat dan tambahan lima jam lagi menggunakan bas.Kesemuanya 18 jam. Memang boleh terseliuh pinggang tetapi keletihan itu hilang apabila bas yang dinaiki singgah sebentar di Warwik, Coventry dan Birmingham menerusi laluan lebuhraya M6. Entah mengapa agak kurangnya promosi sukan ini dihebahkan. Saya tidak nampak satupun papan iklan temasya itu terpampang di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow. Begitu juga di laluan bas yang menyusur keluar dari kota London. Saya hanya menyedarinya sebaik sampai di Birmingham dan kemudian ketika bas melewati Liverpool. Ini berlainan benar dengan kemeriahan sambutan sewaktu Kuala Lumpur menjadi tuan rumah empat tahun lalu. Suasananya bagaikan pesta 1001 malam, apa lagi selepas berjaya mengutip 10 pingat emas 14 perak dan 12 gangsa untuk menduduki tempat keempat keseluruhan. Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai penganjur terbaik sepanjang sukan itu diperkenalkan dan Manchester akan menyambut tetamunya dengan cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai hampir turun sepanjang hari. Tetapi itu tidak akan menjejaskan misi bintang-bintang sukan dunia seperti perenang sensasi Ian Thorpe, pelari pecut Namibia, Frankie Fredericks, pelumba basikal Australia, Ryan Bayley serta ramai lagi memburu kegemilangan. Diramalkan cuaca ini akan berterusan sepanjang hari pertandingan. Ini bukan fenomena luar biasa tetapi hujan sudah tidak asing lagi di sini. Jadi jika berkunjung ke Manchester, jangan lupa membawa payung.

No comments: